Thursday, April 10, 2014

Sos Black Pepper HK yang berhantu!

Customer-customer merungut. Siap SMS dan whatsapp lagi.

Kenapa?

Bila beli produk HK, mesti nak beli lagi.... tak puas-puas. Macam nak beli semua katanya. Dari Lamb chop, marinated chicken sampai yang terbaru Chicken Chop.

Apasal ni? apasal? tidakkkkkk.......

Nak tau apa yang paling sempoi dalam rangkaian produk HK ni?

SOS BLACK PEPPER

SOS BLACK PEPPER HK MEMANG BERHANTU

Sangat sedap...cukup perisa...bukan saja makan dengan lamb, ayam atau chicken chop HK. Boleh pelbagaikan resipi lagi.

So, petang tadi dapatlah satu idea... mee goreng cincai-cincai with black pepper HK.


Resipi mee goreng black pepper ni lebih kurang macam ni....

Bahan-bahan:
Sebiji telur
2 ulas bawang putih
Seulas bawang merah
1 sudu cili kering (blend)
SOS BLACK PEPPER HATINIE'S KITCHEN secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
Kicap manis juga secukup rasa
Sayur-sayuran dan makanan laut (optional)
200gm mee kuning

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Pecahkan telur dalam minyak yang dah panas dan kacau
3. Bila telur dah masak, masukkan bawang dan cili kering, goreng hingga kering
4. Masukkan sos black pepper HK dan kacau hingga sebati
5. Masukkan makanan laut atau ayam dan kacau hingga masak
6. Masukkan kicap manis, garam dan gula
7. Bila semuanya dah sebati, masukkan mee kuning, kacau rata dengan bahan tumisan tadi
8. Masukkan sayuran
9. Angkat dan hias atau angkat dan terus makan.....

Sos Black Pepper HK - RM8 sahaja untuk 400gm.





Nak lagi best...beli Marinated Lamb (RM50), Marinated Chicken (RM35) atau Chicken Chop (RM35).... Black pepper sos HK dah diberi percuma!

Monday, April 7, 2014

Memasak lamb chop HK menggunakan oven

Minggu lepas saya dah kongsikan macam mana memasak menggunakan pemanggang ajaib. Memasak menggunakan pemanggang arang juga lebih kurang begitu. Cuma bezanya kena jaga api dr arang jangan terlalu kuat dan menggunakan kipas tangan agar arang menjadi bara.
 
Memasak menggunakan oven agak berbeza.
 
1. Anda kena tahu suhu yang sesuai untuk memasak daging. Kadang-kala ia bergantung juga kepada jenis oven yang kita guna. Oven lama adakalanya lambat panas, oven baru pula cepat panas, jadi suhu perlu dilaraskan lebih rendah dari biasa.
 
2. Tempoh masa memasak. Terlalu lama boleh menyebabkan daging kambing mengering dan tidak berjus, justeru mengurangkan rasa dan keenakan bahan perapan. Terlalu sebentar pula menyebabkan daging kurang masak. Tapi terpulang kepada individu, ada yang suka garing dan ada yang suka berjus.
 
3. Membalut dengan alumunium foil. Boleh balut dan boleh tidak...membalut biasanya untuk mengelakkan jus mengering dan daging hilang kelembutan.
 
Berikut adalah cara yang saya gunakan untuk emmasak menggunakan oven.
 
1. Lapik loyang dengan aluminium foil dan susun daging kambing HK di atasnya. Kemudian balutkan daging. Opps...sambil-sambil tu jangan lupa panaskan oven. Saya panaskan 8 minit 180 darjah celcius.
 
2. Masukkan loyang berisi daging ke dalam oven dan set 20 minit.
 
3. Selepas 20 minit, buka foil dan panggang semula selama 15 minit-20 minit. Masa ni air daging akan mengering sedikit demi sedikit. Boleh juga balik-balikkan daging supaya masak sekata...

 
4. Keluarkan, curah sos black pepper yang dah dipanaskan..dan makan dengan penuh selera...

Order? Zakiah (019-3925754)


Thursday, April 3, 2014

Resipi Lamb Chop paling mudah

Tercari-cari resipi lamb chop?
 
Kenapa bersusah payah sangat.....
 
Beli saja Hatinie's Kitchen Marinated Lamb dan ikuti beberapa langkah mudah:
 
1. Keluarkan dari bekas dan defrost.
 
 
Defrost ni ambik masa sejam dua...kalau saya malam sebelum masak saya dah keluarkan dari freezer letakkan di bahagian bawah.
 
2. Pilih kaedah memasak. Kalau masak menggunakan magic pan... letakkan sekeping-sekeping, pastikan dengan api sederhana. Saya suka tutup sekejap supaya daging masak tanpa mengeringkan jus daging.
 
 
3. Balik-balikkan daging, garingkan bahagian luar supaya terasa kelazatannya....
 
 
4. Angkat dan curahkan sos black pepper HK!
 
5. Hias ikut kreativiti anda sendiri....
 
 
Amazing kan? Lamb chop siap, tak payah susah-payah marinate sendiri atau bancuh sos sendiri. Grill atau panggang saja. Saya akan post kaedah memasak kambing menggunakan oven atau microwave pula nanti.
 
Dengan RM50 anda dapat kambing panggang yang lazat, dijamin puas hati dan cukup untuk seisi keluarga.
 
Nak cuba? Call/SMS/Whatsapp - Zakiah (0193925754)

Wednesday, April 2, 2014

Tawaran untuk pemilik Homestay negeri Melaka!

Khas untuk pemilik-pemilik homestay negeri Melaka yang berminat untuk bekerjasama dengan hatinie's Kitchen - Melaka.
 
Mudah sahaja;
 
Pemilik homestay promosikan Kambing dan Ayam BBQ HK-Melaka di page masing-masing, saya juga akan promosikan homestay tuan puan di page facebook saya. Saya akan beri sedikit saguhati kepada pemilik homestay yang recommend pembeli kepada saya.
 
Selepas belian pembeli pertama, saya akan masukkan maklumat homestay tuan/puan dalam blog saya dan ianya akan kekal di situ sebagai rakan perniagaan HK-Melaka selagi promosi HK-Melaka juga berjalan dalam page/blog tuan/puan.
 
Untuk permulaan....
1. Like page Hatinie's Kitchen - Melaka di facebook. Atau click link dibawah kemudian Like page.
 
2. Kemudian copy dan paste link fb/blog homestay masing-masing dalam posting saya dengan tajuk di atas di ruangan comment.
 
Atau....hubungi saya 0193925754 (Whatsapp/sms/call)
 
Opps....satu lagi, kalau ada penyewa nak sewa set perkakas BBQ, saya boleh sediakan.
1. Dapur grill/BBQ
2. Kipas
3. Satu beg arang
4. Lilin starter
 
Jangan lupa....
 
Like page Hatinie's Kitchen - Melaka kemudian post link homestay masing-masing di ruangan komen.

Tuesday, April 1, 2014

Kanak-kanak pun sukakannya!

Sungguh tak disangka...anak-anak pun suka makan ayam dan lamb HK siap cicah kaw-kaw dengan black pepper sauce HK juga.

Cer...tengok sikit. Biarlah gambar berbicara....

Ni dah abis berapa pinggan ni??

Jangan sampai tercabut gigi susu udah le dik...

Amboi beso nganga ank ko kak...

Kalau anak-anak pun suka.....apatah lagi mak, ayah, atuk dan neneknya....cubalah sekali..pasti nak lagi..

Yess...dapat tagline "Kanak-kanak pun sukakannya!"