Monday, April 7, 2014

Memasak lamb chop HK menggunakan oven

Minggu lepas saya dah kongsikan macam mana memasak menggunakan pemanggang ajaib. Memasak menggunakan pemanggang arang juga lebih kurang begitu. Cuma bezanya kena jaga api dr arang jangan terlalu kuat dan menggunakan kipas tangan agar arang menjadi bara.
 
Memasak menggunakan oven agak berbeza.
 
1. Anda kena tahu suhu yang sesuai untuk memasak daging. Kadang-kala ia bergantung juga kepada jenis oven yang kita guna. Oven lama adakalanya lambat panas, oven baru pula cepat panas, jadi suhu perlu dilaraskan lebih rendah dari biasa.
 
2. Tempoh masa memasak. Terlalu lama boleh menyebabkan daging kambing mengering dan tidak berjus, justeru mengurangkan rasa dan keenakan bahan perapan. Terlalu sebentar pula menyebabkan daging kurang masak. Tapi terpulang kepada individu, ada yang suka garing dan ada yang suka berjus.
 
3. Membalut dengan alumunium foil. Boleh balut dan boleh tidak...membalut biasanya untuk mengelakkan jus mengering dan daging hilang kelembutan.
 
Berikut adalah cara yang saya gunakan untuk emmasak menggunakan oven.
 
1. Lapik loyang dengan aluminium foil dan susun daging kambing HK di atasnya. Kemudian balutkan daging. Opps...sambil-sambil tu jangan lupa panaskan oven. Saya panaskan 8 minit 180 darjah celcius.
 
2. Masukkan loyang berisi daging ke dalam oven dan set 20 minit.
 
3. Selepas 20 minit, buka foil dan panggang semula selama 15 minit-20 minit. Masa ni air daging akan mengering sedikit demi sedikit. Boleh juga balik-balikkan daging supaya masak sekata...

 
4. Keluarkan, curah sos black pepper yang dah dipanaskan..dan makan dengan penuh selera...

Order? Zakiah (019-3925754)


No comments:

Post a Comment