Saturday, August 30, 2014

Peluang Perniagaan bersama Hatinie's Kitchen - Melaka

Assalamualaikum,

Lama sungguh tak bersiaran di sini rasanya. Almaklumlah, musim raya, sibuk dengan open house, sibuk supply marinated lamb, marinated chicken for open house juga.

Alhamdulillah, rezeki kalau diusahakan takkan lari kemana. Usaha, usaha, usaha. Tanpa lelah dan jemu. Allah dah janji, 9/10 rezeki tu datangnya dari berniaga. Jomlah kita berniaga, sikit-sikit pun takper, tambah duit tepi, duit depan, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Hatinie's Kitchen - Melaka pun dah mula melebarkan sayap, membuka peluang dan berkongsi rezeki dengan lebih ramai lagi di luar sana. Berikut adalah senarai ejen jualan kami:

1. Pelanggan-pelanggan di Bangi, Seri Kembangan, Sungai Besi, Kajang dan kawasan sekitarnya, jika berminat dengan produk kami boleh hubungi Puan Dalila.


2.  Pelanggan Alor Gajah dan Pekan Tampin, boleh hubungi Cik Aslina.


3. Agent Gombak - untuk orang Setapak, Selayang, Gombak, Setiawangsa, Wangsa Maju, boleh hubungi Izzuddin.


4. Agent Paya Rumput Melaka - pelanggan Cheng, Jalan Hang Tuah, Masjid Tanah dan sekitarnya.


5. Agent Shah Alam, penghantaran meangkumi subang, Petaling Jaya, Klang dan sekitarnya.


Yang berminat mulakan perniagaan, boleh hubungi saya. Modal serendah RM400 untuk permulaan.

Zakiah - 0193925754.

Sunday, July 20, 2014

Jamuan BBQ untuk hari raya dan open house

Ramadhan hampir sampai ke penghujung.
 
Kurang seminggu kita akan menyambut lebaran. Seperti adatnya, kunjung-berkunjung adalah kewajipan. Bila dikunjungi tetamu, kita pula meraikan.
 
Seperti biasa, kami di Hatinie's Kitchen berusaha memenuhi keperluan semasa pelanggan. Produk-produk kami sudah siap sedia untuk memenuhi permintaan hari raya. Kambing Panggang, Chicken BBQ, Spaghetti Bolognese, serunding tradisi kelantan boleh anda dapati daripada wakil-wakil jualan kami.
 
Ianya adalah satu solusi mudah kami untuk para pelanggan. Anda mungkin kesuntukan masa untuk menyediakan hidangan istimewa untuk tetamu istimewa. maka kami sediakan beberapa menu sedia dimasak untuk anda yang hanya memerlukan kurang 30 minit untuk disediakan.

SERUNDING TRADISI KELANTAN
1. DAGING: RM20 (200gm)
2. AYAM: RM20 (200gm)
3. IKAN: RM17 (200gm)
Cukup mudah dan sempurna untuk dihidang bersama ketupat, ketupat palas mahupun lemang.


KAMBING PERAP dan SOS LADA HITAM
1. RM28 (500gm), Sos Lada Hitam (400gm)
2. RM50 (900gm), Sos Lada Hitam (400gm)
Boleh dibakar dengan magic pan, kuali leper, BBQ, oven ataupun microwave oven dengan fungsi grill.

 
 
SOS SPAGHETTI BOLOGNESE DAGING, CENDAWAN dan LADA BENGGALA
1. Mini pack : RM15 (4 hidangan)
2. Family pack: RM25 (8-10 hidangan)
3. Business pack: RM40 (18-20 hidangan) - cepat dan pantas untuk OPEN HOUSE.
Panaskan saja dan padankan dengan pasta atau spaghetti yang telah direbus.
 




AYAM BBQ
RM35 (1kg)
Mengandungi 500gm peha ayam dan 500gm kepak ayam.
400gm Sos Lada Hitam
Panggang/bakar atas kuali leper, BBQ ataupun menggunakan magic pan.

 
 
HIDANGAN PELENGKAP
 
NASI ARAB
Atas permintaan pelanggan, tambah nilai untuk produk-produk kami... Set NASI ARAB homemade juga kami jual.
 
 
1 set NASI ARAB disediakan:-
~Beras basmathi berkualiti
~Rempah tumis...
~Rempah serbuk
~FREE resepi

HANYA RM15 SAHAJA!
Untuk hidangan 4-5 orang makan..
↪ Nasi Kabsah Ayam - RM15.00
↪ Nasi Maqluba Ayam - RM15.00
↪ Nasi Mandy Ayam Saudi - RM15.00
↪ Nasi Mandy Kambing Yaman - RM15.00
(berat 450 gm)
(Tidak masuk kos penghantaran)

Soalan: Apa beza Mandy Saudi, Mandy Yaman, Kabsah & Maqluba?

Jawapan: Perbezaan dari segi rempah, cara masak dan asal negara. Kabsah resepi dari Teluk Arab dan Maqlubah berasal dari Palestin, Jordan dan Lubnan
*kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan charge minima RM5. 

Thursday, April 10, 2014

Sos Black Pepper HK yang berhantu!

Customer-customer merungut. Siap SMS dan whatsapp lagi.

Kenapa?

Bila beli produk HK, mesti nak beli lagi.... tak puas-puas. Macam nak beli semua katanya. Dari Lamb chop, marinated chicken sampai yang terbaru Chicken Chop.

Apasal ni? apasal? tidakkkkkk.......

Nak tau apa yang paling sempoi dalam rangkaian produk HK ni?

SOS BLACK PEPPER

SOS BLACK PEPPER HK MEMANG BERHANTU

Sangat sedap...cukup perisa...bukan saja makan dengan lamb, ayam atau chicken chop HK. Boleh pelbagaikan resipi lagi.

So, petang tadi dapatlah satu idea... mee goreng cincai-cincai with black pepper HK.


Resipi mee goreng black pepper ni lebih kurang macam ni....

Bahan-bahan:
Sebiji telur
2 ulas bawang putih
Seulas bawang merah
1 sudu cili kering (blend)
SOS BLACK PEPPER HATINIE'S KITCHEN secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
Kicap manis juga secukup rasa
Sayur-sayuran dan makanan laut (optional)
200gm mee kuning

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Pecahkan telur dalam minyak yang dah panas dan kacau
3. Bila telur dah masak, masukkan bawang dan cili kering, goreng hingga kering
4. Masukkan sos black pepper HK dan kacau hingga sebati
5. Masukkan makanan laut atau ayam dan kacau hingga masak
6. Masukkan kicap manis, garam dan gula
7. Bila semuanya dah sebati, masukkan mee kuning, kacau rata dengan bahan tumisan tadi
8. Masukkan sayuran
9. Angkat dan hias atau angkat dan terus makan.....

Sos Black Pepper HK - RM8 sahaja untuk 400gm.





Nak lagi best...beli Marinated Lamb (RM50), Marinated Chicken (RM35) atau Chicken Chop (RM35).... Black pepper sos HK dah diberi percuma!

Monday, April 7, 2014

Memasak lamb chop HK menggunakan oven

Minggu lepas saya dah kongsikan macam mana memasak menggunakan pemanggang ajaib. Memasak menggunakan pemanggang arang juga lebih kurang begitu. Cuma bezanya kena jaga api dr arang jangan terlalu kuat dan menggunakan kipas tangan agar arang menjadi bara.
 
Memasak menggunakan oven agak berbeza.
 
1. Anda kena tahu suhu yang sesuai untuk memasak daging. Kadang-kala ia bergantung juga kepada jenis oven yang kita guna. Oven lama adakalanya lambat panas, oven baru pula cepat panas, jadi suhu perlu dilaraskan lebih rendah dari biasa.
 
2. Tempoh masa memasak. Terlalu lama boleh menyebabkan daging kambing mengering dan tidak berjus, justeru mengurangkan rasa dan keenakan bahan perapan. Terlalu sebentar pula menyebabkan daging kurang masak. Tapi terpulang kepada individu, ada yang suka garing dan ada yang suka berjus.
 
3. Membalut dengan alumunium foil. Boleh balut dan boleh tidak...membalut biasanya untuk mengelakkan jus mengering dan daging hilang kelembutan.
 
Berikut adalah cara yang saya gunakan untuk emmasak menggunakan oven.
 
1. Lapik loyang dengan aluminium foil dan susun daging kambing HK di atasnya. Kemudian balutkan daging. Opps...sambil-sambil tu jangan lupa panaskan oven. Saya panaskan 8 minit 180 darjah celcius.
 
2. Masukkan loyang berisi daging ke dalam oven dan set 20 minit.
 
3. Selepas 20 minit, buka foil dan panggang semula selama 15 minit-20 minit. Masa ni air daging akan mengering sedikit demi sedikit. Boleh juga balik-balikkan daging supaya masak sekata...

 
4. Keluarkan, curah sos black pepper yang dah dipanaskan..dan makan dengan penuh selera...

Order? Zakiah (019-3925754)


Thursday, April 3, 2014

Resipi Lamb Chop paling mudah

Tercari-cari resipi lamb chop?
 
Kenapa bersusah payah sangat.....
 
Beli saja Hatinie's Kitchen Marinated Lamb dan ikuti beberapa langkah mudah:
 
1. Keluarkan dari bekas dan defrost.
 
 
Defrost ni ambik masa sejam dua...kalau saya malam sebelum masak saya dah keluarkan dari freezer letakkan di bahagian bawah.
 
2. Pilih kaedah memasak. Kalau masak menggunakan magic pan... letakkan sekeping-sekeping, pastikan dengan api sederhana. Saya suka tutup sekejap supaya daging masak tanpa mengeringkan jus daging.
 
 
3. Balik-balikkan daging, garingkan bahagian luar supaya terasa kelazatannya....
 
 
4. Angkat dan curahkan sos black pepper HK!
 
5. Hias ikut kreativiti anda sendiri....
 
 
Amazing kan? Lamb chop siap, tak payah susah-payah marinate sendiri atau bancuh sos sendiri. Grill atau panggang saja. Saya akan post kaedah memasak kambing menggunakan oven atau microwave pula nanti.
 
Dengan RM50 anda dapat kambing panggang yang lazat, dijamin puas hati dan cukup untuk seisi keluarga.
 
Nak cuba? Call/SMS/Whatsapp - Zakiah (0193925754)

Wednesday, April 2, 2014

Tawaran untuk pemilik Homestay negeri Melaka!

Khas untuk pemilik-pemilik homestay negeri Melaka yang berminat untuk bekerjasama dengan hatinie's Kitchen - Melaka.
 
Mudah sahaja;
 
Pemilik homestay promosikan Kambing dan Ayam BBQ HK-Melaka di page masing-masing, saya juga akan promosikan homestay tuan puan di page facebook saya. Saya akan beri sedikit saguhati kepada pemilik homestay yang recommend pembeli kepada saya.
 
Selepas belian pembeli pertama, saya akan masukkan maklumat homestay tuan/puan dalam blog saya dan ianya akan kekal di situ sebagai rakan perniagaan HK-Melaka selagi promosi HK-Melaka juga berjalan dalam page/blog tuan/puan.
 
Untuk permulaan....
1. Like page Hatinie's Kitchen - Melaka di facebook. Atau click link dibawah kemudian Like page.
 
2. Kemudian copy dan paste link fb/blog homestay masing-masing dalam posting saya dengan tajuk di atas di ruangan comment.
 
Atau....hubungi saya 0193925754 (Whatsapp/sms/call)
 
Opps....satu lagi, kalau ada penyewa nak sewa set perkakas BBQ, saya boleh sediakan.
1. Dapur grill/BBQ
2. Kipas
3. Satu beg arang
4. Lilin starter
 
Jangan lupa....
 
Like page Hatinie's Kitchen - Melaka kemudian post link homestay masing-masing di ruangan komen.

Tuesday, April 1, 2014

Kanak-kanak pun sukakannya!

Sungguh tak disangka...anak-anak pun suka makan ayam dan lamb HK siap cicah kaw-kaw dengan black pepper sauce HK juga.

Cer...tengok sikit. Biarlah gambar berbicara....

Ni dah abis berapa pinggan ni??

Jangan sampai tercabut gigi susu udah le dik...

Amboi beso nganga ank ko kak...

Kalau anak-anak pun suka.....apatah lagi mak, ayah, atuk dan neneknya....cubalah sekali..pasti nak lagi..

Yess...dapat tagline "Kanak-kanak pun sukakannya!"