Sunday, July 20, 2014

Jamuan BBQ untuk hari raya dan open house

Ramadhan hampir sampai ke penghujung.
 
Kurang seminggu kita akan menyambut lebaran. Seperti adatnya, kunjung-berkunjung adalah kewajipan. Bila dikunjungi tetamu, kita pula meraikan.
 
Seperti biasa, kami di Hatinie's Kitchen berusaha memenuhi keperluan semasa pelanggan. Produk-produk kami sudah siap sedia untuk memenuhi permintaan hari raya. Kambing Panggang, Chicken BBQ, Spaghetti Bolognese, serunding tradisi kelantan boleh anda dapati daripada wakil-wakil jualan kami.
 
Ianya adalah satu solusi mudah kami untuk para pelanggan. Anda mungkin kesuntukan masa untuk menyediakan hidangan istimewa untuk tetamu istimewa. maka kami sediakan beberapa menu sedia dimasak untuk anda yang hanya memerlukan kurang 30 minit untuk disediakan.

SERUNDING TRADISI KELANTAN
1. DAGING: RM20 (200gm)
2. AYAM: RM20 (200gm)
3. IKAN: RM17 (200gm)
Cukup mudah dan sempurna untuk dihidang bersama ketupat, ketupat palas mahupun lemang.


KAMBING PERAP dan SOS LADA HITAM
1. RM28 (500gm), Sos Lada Hitam (400gm)
2. RM50 (900gm), Sos Lada Hitam (400gm)
Boleh dibakar dengan magic pan, kuali leper, BBQ, oven ataupun microwave oven dengan fungsi grill.

 
 
SOS SPAGHETTI BOLOGNESE DAGING, CENDAWAN dan LADA BENGGALA
1. Mini pack : RM15 (4 hidangan)
2. Family pack: RM25 (8-10 hidangan)
3. Business pack: RM40 (18-20 hidangan) - cepat dan pantas untuk OPEN HOUSE.
Panaskan saja dan padankan dengan pasta atau spaghetti yang telah direbus.
 




AYAM BBQ
RM35 (1kg)
Mengandungi 500gm peha ayam dan 500gm kepak ayam.
400gm Sos Lada Hitam
Panggang/bakar atas kuali leper, BBQ ataupun menggunakan magic pan.

 
 
HIDANGAN PELENGKAP
 
NASI ARAB
Atas permintaan pelanggan, tambah nilai untuk produk-produk kami... Set NASI ARAB homemade juga kami jual.
 
 
1 set NASI ARAB disediakan:-
~Beras basmathi berkualiti
~Rempah tumis...
~Rempah serbuk
~FREE resepi

HANYA RM15 SAHAJA!
Untuk hidangan 4-5 orang makan..
↪ Nasi Kabsah Ayam - RM15.00
↪ Nasi Maqluba Ayam - RM15.00
↪ Nasi Mandy Ayam Saudi - RM15.00
↪ Nasi Mandy Kambing Yaman - RM15.00
(berat 450 gm)
(Tidak masuk kos penghantaran)

Soalan: Apa beza Mandy Saudi, Mandy Yaman, Kabsah & Maqluba?

Jawapan: Perbezaan dari segi rempah, cara masak dan asal negara. Kabsah resepi dari Teluk Arab dan Maqlubah berasal dari Palestin, Jordan dan Lubnan
*kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan charge minima RM5. 

No comments:

Post a Comment