Sunday, March 30, 2014

Parota

Pernah makan Parota?

Masa member bgtau kat whatsapp ingatkan roti paratha atau capati...rupanya benda ni...




Ia roti yang berinti ayam dan sayuran yang dah dicampur dengan mayonis dll. Roti dibalut dengan kulit popia kemudian dibalut lagi dengan bread crumbs.

Kombinasi rasa rangup, lembut, masam, masin - sedap dimakan panas-panas untuk sarapan dan minum petang.

Kanak-kanak pun sukakannya! Dhiya makan 2 keeping sorang-sorang dia jer....

1pek = 5 keping parota.
Harga = RM15 @ 1 pek, RM26 @ 2 pek.

Stok limited! Siapa cepat dia dapat.

Call/SMS/Whatsapp = 019-3925754 (Zakiah)

Wednesday, March 26, 2014

Produk Hatinie's Kitchen yang paling laris!

Hatinie's Kitchen Melaka dah beroperasi hampir 3 bulan. Kiranya baru setahun jagung jugala...Alhamdulillah, walaupun banyak komitmen lain jualan tak mengecewakan.
 
Setakat ni dah ada 5 produk semuanya. Mengikut urutan saya senaraikan mengikut jualan yang paling laris. Yang tak laris tu bukan maknanya tak sedap tapi sebab produk baru, customer belum sempat cuba lagi. Saya sertakan komen-komen dari customer yang dah repeat order dengan saya...
 
1. Marinated Lamb 1kg.
Yang paling hangat di pasaran. Kenapa?
  • Sesuai dimakan seisi keluarga (1kg mengandugi 8-12 keeping lamb shoulder). Kalau ahli keluarga 6-8 orang tu kira cukuplah...
  • Dagingnya lembut dan berjus. Daging import Australia dari baka terbaik.
  • Rempah perapannya sangat sedap. Resipi tersendiri tu..... jangan tanya saya, saya pun tak tahu.
  • Bila dipadankan dengan sos lada hitam HK, memang rasanya sangat menyerlah. Sekali makan teringat-ingat (customer yang kata)
  • Sesuai untuk aktiviti BBQ, family day dan sebagainya....
Pek 1kg selepas dikeluarkan dari container

2. Marinated lamb 500gm
  • Sesuai untuk pasangan berkeluarga kecil. Boleh makan 3-4 orang.
  • Harga mampu milik
  • Yang bujang-bujang pun boleh beli saiz kecil ni..
  • Ramai yang test dulu dengan beli 500gm, bila puas hati terus repeat 2-3kg.
  • Dari aspek rasa, perapan dan sebagainya...sama dengan lamb 1kg seperti di atas.

Yang sudah dimasak. Terus lapar....

3. Marinated Chicken
  • Mudah dimasak (ready to cook)
  • Rempah perapan istimewa
  • Satu pek mengandungi 500gm drumstick, 500gm wing
  • Bila dipanggang aromanya mengancam jiwa
  • Boleh diratah sampai ke tulang-tulang pun sedap....
  • Sesuai untuk kanak-kanak...
Chicken wing dan drumstick

4. Chicken Chop (Golden)
  • Kerangupan terserlah
  • Saiz yang besar (sekeping boleh makan dua orang)
  • Warna yang menarik
  • Mudah disediakan
Sekeping pun dah penuh satu kuali

Yang kiri tu Original, yang kanan tu Golden Chicken Chop


5. Chicken Chop (Original)
  • Rasa yang lazat
  • Rangup walaupun isinya tebal
  • Saiz yang besar boleh dikongsi berdua.
  • Mudah disediakan
*Semua produk diatas termasuk sepeket sos lada hitam PERCUMA! bernilai RM8 tau...
 
Ada lagi satu....kunci kepada keenakan produk-produk HK yang menjadikannya tiada tandingan adalah SOS LADA HITAM HK. Sekarang boleh dibeli secara berasingan... manalah tahu tak cukup makan ramai-ramai. Sos ni kanak-kanak pun suka! Tak pedas, aromanya membangkitkan selera...tak payah lauk lain pun tak apa. Cukup dengan Ayam atau Lamb dan sos...

Nak tambah sos? atau nak makan dengan masakan lain pun boleh...
PM/SMS/Whatapp/Call saya laju-laju kerana dikhuatiri stok akan habis dalam masa terdekat. Hujung-hujung cuti sekolah ni macam-macam aktiviti boleh buat.

Sunday, March 23, 2014

Cuti sekolah muncul lagi! Apalagi..BBQ lah!

Anak-anak excited.

Ibu-bapa super duper excited.

Dah banyak rancangan.

Berkelah? Balik kampung? Kenduri kahwin? Bercuti?

Bercuti mana? Melaka?

Tepi laut?

Best tu BBQ malam-malam....

Atau siang-siang sambil makan eskrim, minum coconut shake, main layang-layang. Pergh!




Order? Call/SMS/Whatsapp: Zakiah - 0193925754

Thursday, March 20, 2014

Temui HK Melaka dan rakan-rakan di Taman Rempah! 22-27 March 2014.

Assalamualaikum,

Meh sini juara pantun kebangsaan nak berpantun. Dah adat orang Melaka pun berpantun-pantun menggamat suasana. (Tapi saya bukan anak Melaka, saya anak johor bermastatutin di Melaka)

Minggu hadapan apa cerita
cuti sekolah bakal menjelang
Aduhai pelanggan HK Melaka
Ke Taman Rempah jemputlah datang

Aduhai pelanggan HK Melaka
Ke Taman Rempah jemputlah datang
Rasai sendiri betapa enaknya
Ayam bakar dan kambing panggang.

Rasai sendiri betapa enaknya
Ayam bakar dan kambing panggang
Apa kebenda nak kesana
Meh la datang kita bersembang.

Jemput hadir....Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
Apa kebenda nak kesana
Meh la datang kita bersembang
Bawa anak seisi keluarga
Nak bagi menjamah si kambing panggang

Marinated Lamb 1kg RM55, 500gm RM30
Bawa anak seisi keluarga
Nak bagi menjamah si kambing panggang
Chicken chop pun ada juga
Tidak kulupa si ayam panggang

Chicken Chop (Golden/Original) - RM38/pack

Marinated Chicken - RM38/pack

Marilah sama kita merai
Aduhai rakan aduhai teman
Sos lada hitam enak sekali
Di gerai kami boleh dapatkan

Sos Lada Hitam 400gm - RM9
Sila sila adik kakak, abang-abang....
Orang Melaka yang nak bawa anak berhibur di bandar Melaka
Pengunjung-pengunjung yang datang bercuti di Melaka
Jemputlah datang ya!

Jumpa kami di sana!
Untuk tempahan awal sila hubungi (whatsapp/call/sms) - Zakiah (0193925754), Elina (0172689254) dan Ina (0126539026)

Monday, March 17, 2014

HK Melaka kembali beroperasi!

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Allahuakbar.
 
Syukur tak terhingga. Selamat mendarat dengan penerbangan Madinah - Abu Dhabi - Kuala Lumpur pada 16 Mac 2014.
 
Melalui satu pengalaman hidup dalam musafir paling jauh dan paling panjang pernah saya lalui setakat usia saya sekarang.
 
Dan paling indah musafir ini ditemani insan-insan tersayang....Suami, anak-anak, ibu dan bapa mertua, ibu saya dan adik lelaki.

Sebelum berlepas @KLIA.
Stroller hijau tu jer tak dapat dibawa balik sbb tertinggal dalam bas sebaik tiba di Tanah haram.

Belumpun sempat menjejakkan kaki ke rumah sendiri...bertalu-talu whatsapp masuk minta lamb dan marinated chicken. Bertambah-tambah syukur dengan rezeki kurniaan Allah. Saya beritahu suami...lepas ni nak jual lamb banyak-banyak, mudah-mudahan dapat bertamu lagi di rumah Allah dan menziarahi rasulullah...
 
Buka pula whatsapp HK group... Alhamdulillah, HK melangkah setapak (rasanya bertapak-tapak) dengan dua lagi produk baru... CHICKEN CHOP! Golden Chicken Chop dan Original Chicken Chop.
 
Mari nikmati gambar-gambar di bawah sebelum menikmati Chicken Chop HK....

Sebelum....
Selepas...

Seperti biasa..... chicken chop HK disertai dengan sos black pepper yang mengancam dan ummph! Kanak-kanak pun sukakannya!
 
Order: Whatsapp/Sms/call: 019-3925754 (zakiah)

Sunday, March 2, 2014

Alkesah kambingku tercicir di jalanan....

Assalamualaikum w.b.t
 
Dari hari jumaat (28 Feb) perjalanan dimulakan dari Ayer Keroh menuju Kuala Lumpur kemudian malamnya bertolak ke Pulau Mutiara.
 
Dengan 3 luggage bags, wheelchair dan tak lupa 20kg kambing....
 
Bertolak jam 2 petang, sampai KL hampir jam 5 petang, bila sampai tengok-tengok kambing yang tadinya 20kg tinggal 5kg jer!
 
Alamak.... mana pergi 15kg tu? lantai keretaku bocorkah?
 
Misteri...misteri....
 
Ni yang nak nyanyi lagu can malican lepas ni.
 
Di mana dia kambing-kambing saya
Kambing-kambing saya habis dibeli orang!
 
Can malican Oi Oi
Can malican Oi Oi
Can malican ketipung payung...  
 
*Ini hanyalah satira si penjual kambing
 
Stok kambing ada di Bangi sekarang...siapa berkenan bolehlah hubungi saya sebelum 5 Mac 2014. Selepas itu saya akan wakilkan kepada wakil-wakil jualan HK-Melaka.