Hatinie's Kitchen Melaka dah beroperasi hampir 3 bulan. Kiranya baru setahun jagung jugala...Alhamdulillah, walaupun banyak komitmen lain jualan tak mengecewakan.
Setakat ni dah ada 5 produk semuanya. Mengikut urutan saya senaraikan mengikut jualan yang paling laris. Yang tak laris tu bukan maknanya tak sedap tapi sebab produk baru, customer belum sempat cuba lagi. Saya sertakan komen-komen dari customer yang dah repeat order dengan saya...
1. Marinated Lamb 1kg.
Yang paling hangat di pasaran. Kenapa?
- Sesuai dimakan seisi keluarga (1kg mengandugi 8-12 keeping lamb shoulder). Kalau ahli keluarga 6-8 orang tu kira cukuplah...
- Dagingnya lembut dan berjus. Daging import Australia dari baka terbaik.
- Rempah perapannya sangat sedap. Resipi tersendiri tu..... jangan tanya saya, saya pun tak tahu.
- Bila dipadankan dengan sos lada hitam HK, memang rasanya sangat menyerlah. Sekali makan teringat-ingat (customer yang kata)
- Sesuai untuk aktiviti BBQ, family day dan sebagainya....
Pek 1kg selepas dikeluarkan dari container |
2. Marinated lamb 500gm
- Sesuai untuk pasangan berkeluarga kecil. Boleh makan 3-4 orang.
- Harga mampu milik
- Yang bujang-bujang pun boleh beli saiz kecil ni..
- Ramai yang test dulu dengan beli 500gm, bila puas hati terus repeat 2-3kg.
- Dari aspek rasa, perapan dan sebagainya...sama dengan lamb 1kg seperti di atas.
Yang sudah dimasak. Terus lapar.... |
3. Marinated Chicken
- Mudah dimasak (ready to cook)
- Rempah perapan istimewa
- Satu pek mengandungi 500gm drumstick, 500gm wing
- Bila dipanggang aromanya mengancam jiwa
- Boleh diratah sampai ke tulang-tulang pun sedap....
- Sesuai untuk kanak-kanak...
Chicken wing dan drumstick |
4. Chicken Chop (Golden)
- Kerangupan terserlah
- Saiz yang besar (sekeping boleh makan dua orang)
- Warna yang menarik
- Mudah disediakan
Sekeping pun dah penuh satu kuali |
Yang kiri tu Original, yang kanan tu Golden Chicken Chop |
5. Chicken Chop (Original)
- Rasa yang lazat
- Rangup walaupun isinya tebal
- Saiz yang besar boleh dikongsi berdua.
- Mudah disediakan
*Semua produk diatas termasuk sepeket sos lada hitam PERCUMA! bernilai RM8 tau...
Ada lagi satu....kunci kepada keenakan produk-produk HK yang menjadikannya tiada tandingan adalah SOS LADA HITAM HK. Sekarang boleh dibeli secara berasingan... manalah tahu tak cukup makan ramai-ramai. Sos ni kanak-kanak pun suka! Tak pedas, aromanya membangkitkan selera...tak payah lauk lain pun tak apa. Cukup dengan Ayam atau Lamb dan sos...
Nak tambah sos? atau nak makan dengan masakan lain pun boleh... |
No comments:
Post a Comment