Thursday, March 20, 2014

Temui HK Melaka dan rakan-rakan di Taman Rempah! 22-27 March 2014.

Assalamualaikum,

Meh sini juara pantun kebangsaan nak berpantun. Dah adat orang Melaka pun berpantun-pantun menggamat suasana. (Tapi saya bukan anak Melaka, saya anak johor bermastatutin di Melaka)

Minggu hadapan apa cerita
cuti sekolah bakal menjelang
Aduhai pelanggan HK Melaka
Ke Taman Rempah jemputlah datang

Aduhai pelanggan HK Melaka
Ke Taman Rempah jemputlah datang
Rasai sendiri betapa enaknya
Ayam bakar dan kambing panggang.

Rasai sendiri betapa enaknya
Ayam bakar dan kambing panggang
Apa kebenda nak kesana
Meh la datang kita bersembang.

Jemput hadir....Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
Apa kebenda nak kesana
Meh la datang kita bersembang
Bawa anak seisi keluarga
Nak bagi menjamah si kambing panggang

Marinated Lamb 1kg RM55, 500gm RM30
Bawa anak seisi keluarga
Nak bagi menjamah si kambing panggang
Chicken chop pun ada juga
Tidak kulupa si ayam panggang

Chicken Chop (Golden/Original) - RM38/pack

Marinated Chicken - RM38/pack

Marilah sama kita merai
Aduhai rakan aduhai teman
Sos lada hitam enak sekali
Di gerai kami boleh dapatkan

Sos Lada Hitam 400gm - RM9
Sila sila adik kakak, abang-abang....
Orang Melaka yang nak bawa anak berhibur di bandar Melaka
Pengunjung-pengunjung yang datang bercuti di Melaka
Jemputlah datang ya!

Jumpa kami di sana!
Untuk tempahan awal sila hubungi (whatsapp/call/sms) - Zakiah (0193925754), Elina (0172689254) dan Ina (0126539026)

No comments:

Post a Comment