Sunday, February 23, 2014

Mudahnya menjemput rezeki...

Alhamdulillah....

Kelihatan shopping complex dan mesin ATM dibanjiri manusia....panjang orang beratur. Ingatkan bulan ni gaji massuk awal atau ada event di shopping complex. Rupanya masing-masing nak update akaun, nak tengok terima atau tidak duit BR1M, rezeki yang harus disyukuri dan dibelanjakan dengan baik.

Saya juga minggu ni nak berkongsi rezeki. 

Ada hadiah istimewa untuk pelanggan-pelanggan marinated lamb dan marinated chicken.

30 naskhah buku mini Mudahnya Menjemput Rezeki tulisan Fathuri Salehuddin akan saya hadiahkan untuk anda sekiranya anda membeli sekurang-kurangnya 1kg marianted lamb atau 2kg marinated chicken dari Hatinie's Kitchen - Melaka. HK Melaka saja tau.....maknanya dari saya sahaja...kalau anda beli dari agen lain jangan minta dengan mereka pula. Karang lain pulak jadinya. 

Antara yang menarik dalam buku ini ialah bagaimana melunaskan hutang, kebaikan sedekah dan amalan-amalan mudahnya menjemput rezeki. 

Inshaallah, ilmu yang baik kita sebar-sebarkan.....

Wednesday, February 19, 2014

Tak makan kambing? HK marinated chicken sudah muncul!

Beberapa minggu lepas dapat satu message whatapp dari seorang customer:

Customer: "kak, saya nak order lamb 1kg, beef 1kg, chicken 1kg"

Saya: "alamak sis, saya jual lamb je buat masa sekarang"

Customer: "owh, ye ker? saya ni nak buat BBQ family, dah last minute, tak dan nak membeli, menyiang dan memerap bagai, ingat semua dah ada" jawabnya dengan kecewa.

Awal-awal dulu pun ramai kawan-kawan tanya..."ayam tak ada ke? saya tak makan kambing"

Ada juga kawan-kawan mak kat hospital tanya " ayam tak ada ke? pakcik kau ni darah tinggi, mana boleh makan kambing"

Taraaa....

Memperkenalkan produk baru HK iaitu marinated chicken yang marvellous juga didatangkan dengan black pepper sauce yang sedap tak terkata!

Rasa dia lagi sedap dari Ayamas....cicah dengan black pepper sauce lagi pergh...

Tengok warnanya yang berkilat-kilat tu...menjilat jari...
 
Harga 1kg RM35 tak termasuk kos penghantaran. Ada 500gm drumstick + 500gm wing. Lebih kurang 10-12 ketul la lebih kurang... 
 
Saya dah ambik 10kg, sekarang tinggal 3kg je tinggal untuk minggu ni. First come first serve lah ya...

Tuesday, February 18, 2014

Kambing perap HK - tak suka akhirnya jatuh cinta.

Assalamualaikum...
 
Penjual kambing terus-menerus dapat feedback dari pembeli-pembeli kambing. Penjual kambing teruja...sungguh teruja!
 
Mana tidaknya, yang tak pernah makan kambing... lepas cuit-cuit, rasa-rasa terus terpedaya.
 
Yang tak suka makan kambing, berbau lah, takut pening lah, tapi lepas cuit-cuit, rasa-rasa terus jatuh cinta!
 
Tak percaya?
 
Biar gambar berbicara...



Kawan lama order dari UK Perdana...


Ni dari customer my hub manager...
So? apa tunggu lagi? Tak menyesal punyalah...


Nak order? Call/SMS/Whatsapp: Zakiah (019-3925754)
FB: Hatinie's Kitchen - Melaka

Melayu je ke makan kambing? satu pencarian fakta.

Last Friday basuh kereta di Sungai Putat. Sambil menunggu lebih kurang 45 minit, buatla kerja-kerja rutin Hatinie's Kitchen i.e stamp nama sendiri atas flyers.. nampak senang tapi kena teliti dan sabar. 
Kebetulan ada seorang chinese man dengan isterinya juga sedang menunggu keretanya dicuci. Diapun sibuk bertanya apa saya buat....dengan seronoknya saya share produk Hatinie's Kitchen i.e kambig perap. Sambil tu saya nak tahu sebenarnya adakah masyarakat cina makan daging kambing atau tidak.

Kambing perap HK yang telah dimasak. Foto ehsan dari customer yang happy dapat makan kambing yang sedap.

Kata dia...."makan la, orang cina pun ada makan kambing. Dulu ada satu kedai melayu jual sup kambing, tiap-tiap minggu saya pergi makan roti cicah sup. Sangat sedap!"

Wah...ini info menarik. Yelah kan...sebelum ni takut-takut nak promote kat bangsa lain, rupanya mereka pun makan kambing macam kita juga. 

"you jual dalam ini bekas ka?" sambil belek-belek flyers yang saya hulur kat dia tadi.

Packaging Kambing perap HK

"Yalah uncle, kalau tak letak dalam bekas macam mana pulak.... yang besar tu marinated lamb, yang kecik tu sos dia"

"bukan...saya ingat you jual satu ekor punya... sos pun ada? banyak bagus!"
 sambil angkat ibu jarinya.

"Eh, bukan la... yang satu ekor punya tu nama dia kambing golek, itu kenduri atau party bolehla beli. Ini kambing perap frozen, bila-bila uncle keluarkan dari freezer, lepas defrost boleh masak dalam pan saja"

Ini bukan kambing golek...ini kambing duduk ya...

"oh...bagus-bagus. Ini macam saya pun suka, ready to cook. Nanti saya call bila saya mau. Tunggu saya punya anak balik, baru seronok makan ramai-ramai"

"ok uncle, saya tunggu...uncle mau saya boleh hantar. Bukit Beruang dekat saja. Free delivery. Uncle jangan lupa, promote kat kawan-kawan juga"

Masa dia balik, dia sempat lambai kat saya... Di keretanya ada logo Jaksa Pendamai. Owh...JP ke dia ni, no wonder BM dia bagus...

* Order: 019-3925754 (Zakiah)
Price: 1kg (RM50), 500gm (RM28) tak termasuk delivery charge.
FB: Hatinie's Kitchen - Melaka

Saturday, February 15, 2014

Daging kambing penyebab darah tinggi?

 
Antara cabaran besar menjual MARINATED LAMB ni ialah menangkis tanggapan masyarakat bahawa daging kambing tinggi kolesterol dan penyebab darah tinggi.
Dalam masa yang sama, kita juga maklum bahawa daging kambing adalah antaara makanan kegemaran nabi. Macam mana pulak tu? Kita makan kambing nak dapat sunnah nabi tapi dalam masa yang sama takut pula dapat penyakit. Dilema……dilemma….
Bestnyer BBQ kambing....tapi..kang kena darah tinggi pulak...
Persoalan ni membawa saya kepada pencarian kebenaran, fakta atau auta? Berdasarkan crian saya daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, berikut ada fakta yang saya dapat.
1.       Daging kambing mengandungi kadar kolesterol yang rendah berbanding daging lembu.
2.       Daging kambing mempunyai banyak khasiat yang diperlukan tubuh (akan saya ceritakan dalam entry lain)
3.       Daging kambing untuk orang yang sihat (belum mempunyai sejarah diserang penyakit darah tinggi) boleh mengelakkan darah tinggi. Tetapi…….
4.       Untuk mereka yang sedang atau pernah diserang darah tinggi, perlulah mengelakkan makan daging kambing…
Macam mana pulak tuuu? Confuse ni?
Boleh makan ke tak boleh? Boleh dapat penyakit darah tinggi ke tidak? Jangan belit-belit boleh tak?
 
Ok, saya beri contoh lain. Untuk orang sihat, kita digalakkan minum air masak dalam kuantiti yang banyak (lebih 8 gelas sehari). Tapi untuk pesakit buah pinggang, mereka dilarang mengambil minuman atau makanan yang mengandungi banyak air – kadar dibenarkan ialah 1 liter sehari semalam. Itu termasuk minuman, sayur, buah, kuah dalam makanan dsbg. See?
 Jadi kesimpulannya, kepercayaan masyarakt tu tak salah…Cuma perlu disertakan dengan penjelasan lebih tepat dan lengkap. Untuk penggemar kambing yang sihat, tak ada masalah. Cuma makan minum ni biasalah, tak boleh berlebihan..kena bersederhana. Kalau ada customer nak beli dan saya tahu sejarah penyakitnya, saya akan sertakan dengan tazkirah dan pesanan khidmat masyarakat…boleh je beli, tapi bagilah ahli keluarga makan, sendiri jamah-jamah sajalah….hehe motif sangat kan?
 
Sumber:
 

Thursday, February 13, 2014

Marinated Lamb Hatinie's Kitchen

Dah lebih sebulan berkecimpung dalam perniagaan frozen food. Produknya marinated lamb. Walaupun buat part time, sambil lari sana-sini, terkejar sana terkejar sini, pergi overseas lagi, balik kampung, buat research, publications etc etc bulan pertama 50kg terjual. Sangat-sangat tak sangka! unbelievable! 



Apa dia marinated lamb Hatinie's Kitchen ni? paling banyak soalan dari kawan-kawan bukan pasal lamb pun...pasal SIAPA HATINIE? siapa dia ni? kenapa dapur dia dah meriah disebut merata-rata tempat, jadi viral lagi kat facebook? aduhh...lain entry lah saya cerita siapa Puan Hatinie Wan Pa ni. Sebab saya pun kena buat research betul-betul dulu sebelum post entry pasa beliau. 

Yang penting...produk beliau Marinated Lamb yang dah jadi macam fenomena nie....

Sedia dimasak dalam magic pan
Nak cerita ni... produk frozen pertama Hatinie's Kitchen ialah marinated lamb. Daging kambing sejuk beku dah siap perap! Almaklum zaman wanita berkerjaya, kalau beli daging kambing nak potong, nak siapkan bahan perapan, nak tunggu satu malam bagi perapan meresap pulak, nanti nak defrost..semua tu ambil masa. Apa susah, beli siap-siap yang dah perap. 1 pack lamb samada 500gm atau 1kg. 500gm berharga RM28 dan 1kg berharga RM50 tidak termasuk kos penghantaran. Lepas defrost, letak saja dalam pan atau pembakar.... tak sampai setengah jam, dah siap hidangan untuk satu keluarga lagi.


Koleksi testimoni customer


Yang paling istimewa, SOS BLACK PEPPER diberi percuma... sos black pepper ni memang dah diakui enak dan lazat menjilat jari oleh customer-customer HK-Melaka.