Antara cabaran besar menjual MARINATED LAMB ni ialah
menangkis tanggapan masyarakat bahawa daging kambing tinggi kolesterol dan
penyebab darah tinggi.
Dalam masa yang sama, kita juga maklum bahawa daging kambing
adalah antaara makanan kegemaran nabi. Macam mana pulak tu? Kita makan kambing
nak dapat sunnah nabi tapi dalam masa yang sama takut pula dapat penyakit.
Dilema……dilemma….
Bestnyer BBQ kambing....tapi..kang kena darah tinggi pulak... |
Persoalan ni membawa saya kepada pencarian kebenaran, fakta
atau auta? Berdasarkan crian saya daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai,
berikut ada fakta yang saya dapat.
1.
Daging kambing mengandungi kadar kolesterol yang
rendah berbanding daging lembu.
2.
Daging kambing mempunyai banyak khasiat yang
diperlukan tubuh (akan saya ceritakan dalam entry lain)
3.
Daging kambing untuk orang yang sihat (belum
mempunyai sejarah diserang penyakit darah tinggi) boleh mengelakkan darah
tinggi. Tetapi…….
4.
Untuk mereka yang sedang atau pernah diserang
darah tinggi, perlulah mengelakkan makan daging kambing…
Macam mana pulak tuuu? Confuse ni?
Boleh makan ke tak boleh? Boleh dapat penyakit darah tinggi
ke tidak? Jangan belit-belit boleh tak?
Ok, saya beri contoh lain. Untuk orang sihat, kita
digalakkan minum air masak dalam kuantiti yang banyak (lebih 8 gelas sehari).
Tapi untuk pesakit buah pinggang, mereka dilarang mengambil minuman atau
makanan yang mengandungi banyak air – kadar dibenarkan ialah 1 liter sehari
semalam. Itu termasuk minuman, sayur, buah, kuah dalam makanan dsbg. See?
Jadi kesimpulannya,
kepercayaan masyarakt tu tak salah…Cuma perlu disertakan dengan penjelasan
lebih tepat dan lengkap. Untuk penggemar kambing yang sihat, tak ada masalah.
Cuma makan minum ni biasalah, tak boleh berlebihan..kena bersederhana. Kalau
ada customer nak beli dan saya tahu sejarah penyakitnya, saya akan sertakan
dengan tazkirah dan pesanan khidmat masyarakat…boleh je beli, tapi bagilah ahli
keluarga makan, sendiri jamah-jamah sajalah….hehe motif sangat kan?
Sumber:
No comments:
Post a Comment