Sunday, February 23, 2014

Mudahnya menjemput rezeki...

Alhamdulillah....

Kelihatan shopping complex dan mesin ATM dibanjiri manusia....panjang orang beratur. Ingatkan bulan ni gaji massuk awal atau ada event di shopping complex. Rupanya masing-masing nak update akaun, nak tengok terima atau tidak duit BR1M, rezeki yang harus disyukuri dan dibelanjakan dengan baik.

Saya juga minggu ni nak berkongsi rezeki. 

Ada hadiah istimewa untuk pelanggan-pelanggan marinated lamb dan marinated chicken.

30 naskhah buku mini Mudahnya Menjemput Rezeki tulisan Fathuri Salehuddin akan saya hadiahkan untuk anda sekiranya anda membeli sekurang-kurangnya 1kg marianted lamb atau 2kg marinated chicken dari Hatinie's Kitchen - Melaka. HK Melaka saja tau.....maknanya dari saya sahaja...kalau anda beli dari agen lain jangan minta dengan mereka pula. Karang lain pulak jadinya. 

Antara yang menarik dalam buku ini ialah bagaimana melunaskan hutang, kebaikan sedekah dan amalan-amalan mudahnya menjemput rezeki. 

Inshaallah, ilmu yang baik kita sebar-sebarkan.....

2 comments: